Kerajaan telah mengeluarkan satu Inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk keluar daripada garis kemiskinan. Inisiatif ini diberi nama “Inisiatif Pendapatan Rakyat” (IPR). Inisiatif ini berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM 2,000 sebulan. Hal ini dapat membantu mereke keluar daripada garis kemiskinan.
Pelancaran program ini telah diadakan pada hari Ahad, 26/02/2023 yang telah dilancarkan oleh Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli dan turut hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik yang sangat baik dapat menjayakan program ini dengan baik. Kejayaan program ini dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan B40 untuk menjaya pendapatan yang lebih baik. Program ini menyasarkan 100,000 peserta dari isi rumah miskin tegar dan B40 untuk menyertai Program IPR pada tahun ini.
IPR mempunyai tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). IPR merupakan satu ekosistem tiga pihak iaitu penerima yang melibatkan golongan miskin tegar, peniaga setempat/NGO/agensi kerajaan dan rakan niaga.
Disini akan diterangkan dengan lebih terperinci tentang INTAN, INSAN dan IKHSAN:
INTAN – merupakan satu insiatif menyasarkan satu golongan yang berminat dalam bidang pertanian dan jumlah hasil tanaman yang mempunyai permintaan tinggi seperti cili dan bawang.
Untuk insiatif ini, kerajaan akan menyediakan tanah, infrastruktur pertanian, Latihan, kos operasi seperti baja, sokongan pemasaran, padanan dengan pembeli serta elaun bulanan sementara menunggu hasil tuaian.
INSAN – merupakan satu insiatif menyasarkan penjual yang menjual makanan umum pada harga rendah menerusi perniagaan mesin layan diri yang mampu meningkatkan jualan melalui penambahan lokasi tertumpu.
Untuk insiatif ini pula, kerajaan akan menyediakan mesin layan diri dengan menanggung bayaran sewa mesin selama 24 bulan bersamaan 2 tahun, Latihan, tempat berniaga di lokasi tumpuan dan sokongan koperasi.
IKHSAN – merupakan satu insiatif menyasarkan untuk merekrut golongan yang berminat untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan dan menyelenggara beberapa kemudahan awam. Hal ini juga dapat membantu menyesaikan masalah kekurangan buruh dan menyediakan peluang pekerja yang baru.
Untuk insiatif ini, kerajaan akan menyediakan peralatan dan kelengkapan urusan lantikan, Latihan dan elaun tambahan untuk mencukupkan pendapatan yang dijanjikan sebanyak RM 2,000 sebulan