SKSPS – KENAPA ANDA PERLU AMBIL?

Ini adalah berita gembira kepada anda yang bekerja sendiri. Mereka juga selalu menghadapi risiko ketika mereka bekerja. Contohnya seperti pekerja perladangan yang mungkin menghadapi risiko seperti terkena duri sawit yang menyebabkan luka pada badan Mungkin ramai yang belum tahu bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Bencana Pekerjaan Sendiri bermaksud kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau penyakit akibat menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman. Mulai 1 Januari 2020, perlindungan telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain iaitu

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Penjaja
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Ejen
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Syarat Kelayakan

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon skim SPS Khidmat dan SPS Padanan Caruman ini:

  • Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Kepada pengguna HyredZasss yang menjalankan servis atau perniagaan sendiri, anda berpeluang untuk menerima faedah ini. Ini adalah untuk memastikan anda mendapat perlindungan sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan atau risiko semasa anda melakukan pekerjaan sendiri anda. Berikut adalah faedah yang diterima oleh pencarum.

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Iklankan servis anda bersama HyredZasss. Kami bantu servis anda dipasarkan melangkaui kaasan anda dan anda boleh menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja. Bertukarlah ke HyredZasss dan mula digitasikan servis anda secara PERCUMA. 

Tonton video SKSPS PERKESO di instagram @hyredmy

Leave a Reply