Industri perladangan merupakan komponen penting dalam ekonomi Malaysia dengan penguasaan berterusan dalam pasaran global untuk pengeluaran dan eksport minyak sawit. Dari sisi lain, industri ini juga menjadi sumber mata pencarian bagi kira-kira separuh juta pekebun kecil tempatan yang majoritinya daripada kalangan kumpulan B40. Ini mengukuhkan lagi keperluan terhadap kesinambungan dan kestabilannya supaya industri ini berupaya berkembang, sekali gus memerangi diskriminasi berterusan yang dihadapinya. Namun industri ini masih kurang mendapat perhatian atas faktor tenaga kerja yang berkurang.
Kebergantungan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu membimbangkan. Seperti yang anda tahu dalam sektor Perladangan yang diterajui oleh 5 syarikat besar di Malaysia kini sedang bergelut untuk mengaut harga tinggi semasa kerana kekurangan aktiviti penuaian sejak PKP. Sejak zaman Kesultanan Melaka, tanah kita merupakan antara tanah yang subur di rantau ini yang membekalkan bahan ke seluruh dunia, Disebabkan label negatif yang dilemparkan kepada industri, kurang penyertaan daripada anak muda yang menyebabkan perniagaan kehilangan berjuta-juta ringgit hasil penuaian. Sistem pengambilan pekerja yang tidak sistematik menghalang golongan muda untuk menyertai industri ini, dan begitu juga majikan terdedah kepada risiko tinggi pengendalian tunai dalam membayar upah pekerja.
Satu lagi permasalahan yang berlaku adalah kurang motivasi daripada belia untuk menyertai aktiviti perladangan. Sebahagian mereka merasakan bahawa kerja perladangan ini tidak kena dengan jiwa mereka. Mereka lebih memilih untuk mencari pekerjaan yang tidak melibatkan aktiviti luar. Ada yang berpendapat untuk bekerja di dalam pejabat sahaja. Oleh itu, penyertaan mereka dalam kerja-kerja ini juga agak hambar dan kurang mendapat sambutan. Sistem yang tidak efisien juga memainkan peranan juga. Ini kerana sekiranya tiada sistem digital yang mengawal aktiviti perladangan ini akan menyukarkan proses untuk berjalan dengan lancar. Ini akan membawa kepada pembayaran gaji atau upah yang dijangkakan akan lewat dan mengalami pelbagai masalah. Generasi muda sekarang lebih cenderung untuk mendapatkan sesuatu di hujung jari sahaja termasuk pekerjaan dan pendapatan mereka. Jadi bagaimana cara memotivasikan mereka untuk turut serta dalam aktiviti ini ?
Program FIELDGIG yang dilancarkan oleh Hyred adalah solusi terbaik bagi menangani masalah ini. Hyred adalah platform meningkatkan penjenamaan peribadi dengan menambah data kemahiran dan pengalaman yang direkodkan dalam beberapa jam berbanding platform lain yang menggunakan semakan untuk meningkatkan orang membeli kepada pekerja. Program ini dapat meningkatkan penyertaan pekerja tempatan dengan memberi kebebasan tugas perladangan melalui konsep GIG, di mana pekerja boleh menerima tawaran pekerjaan berdasarkan lencana mereka mengikut minat. Hyred menawarkan pekerjaan sambilan kepada generasi muda yang lebih fleksibel. Ini kerana mereka boleh memilih untuk bekerja mengikut masa yang sesuai dengan mereka. Mereka juga mempunyai banyak pilihan tentang pekerjaan yang diiklankan oleh majikan syarikat perladangan.
Bukan sahaja kepada pekerja, malah pengurus sektor perladangan dapat mengenal pasti pekerja berpotensi di sekitar mereka dan menawarkan pekerjaan mengikut SOP mereka. Aplikasi Hyred yang menyertakan FIELDGIG, membolehkan pengguna memilih lencana industri mereka dan mula menerima tawaran kerja. Semasa onboarding, mereka boleh memilih daripada lapan jenis lencana yang berbeza berdasarkan tugas mereka dalam bidang perladangan. Mereka yang pernah memohon kerja FIELDGIG dan melaksanakan dengan jaya akan mengambil peluang untuk sertainya lagi kerana tawaran kerja yang memberi pengalaman bermakna untuk mereka. Apa yang lebih baik adalah mereka akan mengajak rakan-rakan belia lain untuk turut serta dan mempelajari kerja-kerja perladangan di samping memperoleh pendapatan. Setelah mereka mempunyai lencana, mereka akan dapat menerima tawaran pekerjaan dari ladang berdekatan.

Majikan boleh melihat senarai pekerja yang berpotensi tersedia berdasarkan lencana mereka, serta modul kerja tertentu yang sesuai dengan jangkaan sistem SAP mereka menggunakan HyredPro. Mereka juga boleh mengiklankan semula tugas yang sama daripada modul kerja yang berbeza dan memantau tugas yang sedang dijalankan di lapangan. Komponen pembayaran secara online adalah cara mendigitalkan pembayaran gaji pekerja ladang. Salah satu motivasi kepada mereka adalah sistem pembayaran online yang lebih cekap dan telus. Mereka lebih percaya tentang pembayaran gaji atau upah mengikut sistem kerana bayaran dibuat melalui rekod yang tersedia dalam sistem. Jadi tiada masalah penyelewengan wang daripada majikan kepada pekerja. Pekerja akan menerima borang tinjauan setelah tugas mereka selesai, dan mereka perlu melengkapkan borang untuk diserahkan kepada pengurus. Majikan yang menerima laporan mengenai bidang mereka akan membuat anggaran pembayaran gaji mereka. Bayangkan dengan hanya menyertai kerja perladangan, generasi muda mampu memperoleh pendapatan yang mencecah ribuan ringgit sebulan sekiranya mereka dapat lakukan secara konsisten sama seperti menggunakan platform digital lain. Bukan susah nak senang.
Penyelesaiannya menggunakan teknologi lebih cekap dan mengurangkan risiko membolehkan pekerja mendapat manfaat daripada data kemahiran yang dikumpul untuk meningkatkan gaji mereka pada masa akan datang. Melalui lencana yang mereka peroleh, mereka berpotensi untuk diambil bekerja oleh majikan di luar kerana kemahiran mereka. Majikan tidak akan meragui kebolehan anda dalam melaksanakan tugas. Kami percaya bahawa penggunaan aplikasi ini juga akan memberi manfaat kepada semua syarikat perladangan untuk mengurangkan risiko pengendalian tunai mereka dengan proses pembayaran gaji yang lebih cekap dan sistematik.
FIELDGIG dipaparkan dalam Android, iOS dan Web. Oleh itu proses reka bentuk akan menerajui proses pembangunan sehingga prototaip yang diterima sebelum pengaturcaraan bermula. Konsep serupa yang diamalkan dalam industri perkhidmatan yang kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar dan sangat diterima oleh belia untuk memperoleh lebih banyak pendapatan pada masa lapang mereka. Kami yakin usaha ini akan memberi motivasi terbaik kepada generasi muda untuk bergiat aktif dalam aktiviti perladangan bukan sahaja sekadar memperoleh pendapatan lumayan, malah pengalaman berharga yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kami akan menyelesaikan masalah pengusaha syarikat perladangan untuk lebih produktif pada masa sekarang dan akan datang.
