“LEVEL UP” KEMAHIRAN MELALUI SUKAN

Sukan ialah kegiatan yang memerlukan kemahiran serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau beriadah. Sekiranya anda bukannya seorang atlet sukan, anda pasti mencari-cari apakah sukan yang sesuai dengan anda. Semuanya diukur berdasarkan kemahiran yang ada. Sebab itu, istilah kemahiran ini jika diperluaskan maknanya boleh membawa kepada pelbagai aspek kehidupan. Salah satunya adalah sukan. Bagaimana untuk mendapatkan kemahiran untuk bersukan?

  1. Tanam rasa minat terhadap sukan.

Tidak kira sukan apa sekalipun, tanamkan rasa minat dalam diri terhadap sukan. Sekiranya anda menonton televisyen, tonton rancangan-rancangan yang mengulas tentang sukan. Dapatkan juga dokumentari, pertandingan atau acara sukan. Dengan cara ini, anda akan lebih terinspirasi untuk berada dalam situasi tersebut.

2. Latih diri untuk lebih berdisiplin.

Apabila anda sudah berniat untuk memulakan sesuatu aktiviti sukan, pastikan anda mempunyai perancangan yang baik dalam jangka masa panjang. Pastikan jadual anda tidak bertindih dengan hal-hal lain seperti bekerja. Jadual yang telah dibuat pastikan dipatuhi dengan baik. Sekiranya ada perkara yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda membuat penukargantian agar kekerapan bersukan anda konsisten setiap masa. Luangkan masa sekurang-kurangnya tigakali dalam seminggu.

3. Dapatkan persekitaran yang positif

Persekitaran yang positif bermaksud dapatkan orang yang mempunyai misi yang sama seperti anda. Contohnya seperti ahli keluarga atau rakan anda. Ini adalah untuk membina motivasi untuk terus melakukan aktiviti sukan. Sebahagian daripada anda mungkin tidak suka melakukan aktiviti bersendirian kerana dikhuwatiri berlaku kecederaan dan tiada bantuan. Oleh itu, ajak rakan untuk turut serta. Secara tidak langsung anda telah mengajak orang lain untuk melakukan aktiviti berfaedah bersama. Dapatkan jurulatih sukan yang lebih professional untuk melatih anda supaya lebih mahir.

4. Sertai mana-mana pertandingan/acara

Untuk meningkatkan keyakinan anda, sertailah mana-mana pertandingan sukan. Ini adalah motivasi terbaik kerana anda pastinya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut. Sekiranya anda masih ragu-ragu, sertai daripada peringkat yang rendah terlebih dahulu. Bagi anda yang belum mahir, anda boleh libatkan diri sebagai kru atau urusetia pertandingan sukan. Di Platform digital banyak sudah diiklankan. Contohnya seperti pertandingan bola keranjang di aplikasi Hyred. Anda boleh memohon kerja sambilan secara digital. Bukan sahaja anda dapat dekatkan diri dengan sukan, malah dapat memperoleh pelbagai kemahiran lain di samping menerima pendapatan sampingan daripada kerja sambilan.

KERJA SAMBILAN KRU ACARA (EVENT CREW) DI HYRED

5. Sentiasa menjaga kesihatan diri.

Kekalkan stamina untuk bersukan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Ini adalah merangkumi kesihatan diri dan pemakanan. Ikuti diet yang sesuai untuk kekalkan kesihatan anda. Tidak digalakkan untuk anda mengambil suppliment yang meragukan. Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan atau doktor terlebih dahulu. Lakukan aktiviti senaman setiap minggu. Sentiasa amalkan penjarakan sosial pada musim covid-19 ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jadual akan terganggu sekiranya anda menghidap apa-apa penyakit.

Leave a Reply