Sejak 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.
Sebagai negara demokrasi, peranan rakyat sangat penting dalam proses pilihan raya iaitu memilih pemimpin yang mengurus negara melalui undi. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada hari mengundi untuk menentukan siapa pemimpin rakyat.
Sebagai negara demokrasi, peranan rakyat sangat penting dalam proses pilihan raya iaitu memilih pemimpin yang mengurus negara melalui undi. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada hari mengundi untuk menentukan siapa pemimpin rakyat.
"Mengundi adalah sebahagian daripada tanggungjawab sivik anda kerana anda bertanggungjawab bagi masa depan negara anda. Pertaruhannya tinggi kerana keputusannya akan membawa impak kepada penggubalan dasar pada masa depan.”
"Pilihan di tangan anda. Adakah anda akan memilih penggubal dasar yang responsif dan bertanggungjawab yang dalam masa yang sama mengambil pendekatan reformis demi anak-anak anda? PRU akan datang akan menjadi penentu bagi anda, jadi pilihlah secara bijak kerana setiap undi adalah penting,” -Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz-
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, pemilihan calon dalam mengundi perlu dibuat kajian dan penyelidikan terlebih dahulu. Ia menjadi satu kemahiran yang perlu dilatih untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Ini mempengaruhi kemahiran berfikir juga. Jadi mengundi juga perlu ada ilmu. Bagaimana untuk mengundi dengan ilmu ?
- Buat analisis tentang keadaan ekonomi semasa.
Antara isu-isu ekonomi negara seperti inflasi mata wang, pasaran ekuiti dan sebagainya perlu disenaraikan. Dan buat padanan sama ada isu ini kerap berlaku pada zaman pemeritahan siapa. Daripada sini anda boleh membuat penilaian adakah kerajaan ini mampu menguruskan ekonomi dengan baik.
- Kajian calon-calon pemimpin yang bertanding.
Di mana sahaja anda mengundi, pastikan anda mengetahui dan mengenali calon yang bertanding. Lihat ada manifesto yang dikemukakan kepada rakyat Adakah ianya relevan atau boleh diusahakan. Lihat juga latar belakang dan prestasi kerjanya supaya anda lebih mudah membuat keputusan.
- Jangan mengikut perasaan.
Hentikan hujah bersifat ad hominem yang hanya menjatuhkan kredibiliti pemimpin. Mengundi dengan perasaan juga akan mempengaruhi orang lain untuk terus membuat penilaian yang salah. Elakkan memilih calon berdasarkan parti. Pilih calon berasarkan kebolehan mereka mengurus tadbir dengan baik.
