
JENGKA – Seramai 20 orang peserta telah terlibat dalam program Taklimat Field GIG dan Pendaftaran Aplikasi Hyred yang diadakan pada 6 September 2022 di Pejabat FELDA Wilayah Jengka, Pahang. Usaha program telah bermula pada Disember tahun 2021 yang melibatkan penganjuran daripada FELDA plantation Management Sdn. Bhd. FIELD GIG ialah satu program kerjasama di antara Hyred dan Felda. Program Kerja Borong Kecil (KBK) kini mengambil pekerja sambilan melalui aplikasi Hyred. Dengan penggunaan ciri Rapid Recruit secara eksklusif di Hyred, belia yang mendaftar boleh dimaklumkan untuk sebarang peluang kerja sambilan melalui notifikasi di aplikasi tersebut. Pemohon yang mempunyai pengalaman bekerja dengan FELDA akan dapat mempercepatkan proses kemasukan mereka ke Rapid Recruit Workforce.
Matlamat utama program ini ialah memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat di FELDA khususnya golongan belia dalam pelbagai bidang perladangan. Menurut Encik Saifullah Mat Nor, Ketua Pegawai Eksekutif FPMSB, sektor perladangan mengalami masalah kekurangan tenaga buruh bagi melaksanakan kerja-kerja operasi di ladang. Oleh itu, solusi daripada permasalahan ini telah tercetusnya sistem Field GIG yang memudahkan semua belia untuk mendapat pekerjaan. Kerjasama daripada Hyred adalah kami menerangkan kepada pemohon tentang cara-cara mendaftar dan mendapat makluman notifikasi kerja sambilan daripada aplikasi Hyred. Antara aktiviti FIELD GIG yang melibatkan kerja-kerja perladangan kelapa sawit adalah menuai, membaja, merumput, memangkas pelepah dan kawalan musuh dan penyakit.
Baru-baru ini program taklimat dan pendaftaran yang dilaksanakan di Pejabat FELDA Wilayah Jengka, Pahang telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 20 peserta yang terdiri daripada wakil kawasan-kawasan di Jengka, Pahang telah mendaftarkan diri mereka ke dalam aplikasi Hyred. Mereka juga dibantu dan diselia oleh pegawai-pegawai pejabat FELDA yang berperanan sebagai majikan yang memberi notifikasi pekerjaan kepada mereka. Kedua-dua pihak ini membantu dalam menguar-uarkan aplikasi Hyred ini kepada belia atau generasi muda yang lain. Usaha ini membantu dalam memberi workforce supply agar kerja-kerja operasi ladang dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa mengharapkan tenaga buruh pekerja asing.
Sesi pengenalan tentang FIELD GIG telah dijelaskan oleh Encik Junaidi bin Bujang yang merupakan koordinator program untuk memberi gambaran awal kepada pemohon tentang perbandingan dan kelebihan yang ada dalam sistem yang digunakan oleh FIELD-GIG. Seterusnya sesi pendaftaran aplikasi Hyred telah diterangkan oleh wakil Pemasaran Digital Hyred tentang langkah-langkah untuk mendaftar. Setelah mereka berjaya mendaftar, mereka hanya perlu menunggu maklumbalas verifikasi akaun dan boleh memulakan kerja sambilan mereka. Segalanya di hujung jari sahaja. Kesemua permohonan kerja dan penerimaan pekerja boleh dilakukan menerusi aplikasi sahaja.
Faedah daripada program ini juga memberi peluang kepada anak muda untuk mendapat pendedahan dan pengalaman di sektor perladangan. Secara tidak langsung, dapat menarik minat generasi masa hadapan atau anak muda untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Di samping itu, majikan juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi keutamaan kepada anak tempatan yang lebih berpotensi.
Abdul Muthalib, 2022
Dapatan kepada Rapid gigworkers ini adalah mereka tidak akan ada potongan daripada gaji mereka. Mereka tidak perlu risau tentang pemotongan KWSP kerana program ini fokus kepada pekerjaan sambilan. Selain itu, pekerja ini akan mendapat gaji yang sama dengan pekerja sementara FELDA. Keseluruhan daripada program ini adalah dapat memudahkan semua pihak untuk memenuhi masa mereka dengan pekerjaan sambilan serta memudahkan majikan untuk menilai pekerja mereka menerusi aplikasi di telefon bimbit sahaja. Nilai yang terbaik semua pekerja akan dapat adalah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
- Business (1)
- Field Gig (6)
- Hyred Pro (3)
- Uncategorized (6)
- Zasss (2)
