BERSAMA MERDEKA DENGAN SATU “KLIK”

Setiap bulan Ogos, masyarakat Malaysia menyambut ulang tahun hari kemerdekaan dengan gembira dan bersyukur kerana negara kita telah bebas daripada penjajahan Inggeris. Penjajahan bukan semuanya buruk. Lihat saja pembangunan sedia ada, sebahagiannya dibina berpandukan dasar dan keupayaan penjajah. Merdeka sebetulnya hanya pemindahan kepemimpinan daripada kerajaan Inggeris kepada pemimpin watan yang perlu mengurus negara berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Hidup dan aspirasi kita amat terikat dengan perkembangan sebuah negara bangsa yang baru sahaja bebas daripada cengkaman penjajahan dan berusaha melakar wawasan kemerdekaan. Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65. Jika diukur perspektif kehidupan manusia, Malaysia menjadi dewasa dalam kemerdekaan dan tentunya sudah boleh dianggap kejayaan dicapai.


Apakah kita cukup cemerlang untuk menikmati kemerdekaan? Atau sebaliknya gagal merealisasikan aspirasi bangsa yang memperjuangkan kemerdekaan? Ini persoalan yang sering menghantui fikiran ketika menyambut Hari Kebangsaan. Kita tidak boleh nafikan beberapa pencapaian besar selepas negara mencapai kemerdekaan. Antaranya, Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang melahirkan sumber insan ikhtisas, berteknologi dan ilmuwan yang seimbang antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Antara contoh teknologi adalah pembangunan gajet dan telefon pintar yang kerap digunakan oleh golongan masyarakat masa kini. Kejayaan lain membabitkan pembukaan tanah FELDA untuk masyarakat luar bandar yang tiada pekerjaan. Namun begitu, masih banyak inisiatif baik tidak dapat dilaksanakan dengan jaya kerana sebab-sebab tertentu.


Kemerdekaan membolehkan anak watan merancang dan membentuk kejayaan sendiri melalui kemahiran yang mereka ada. Dalam konteks kemakmuran negara, tidak dapat dinafikan ekonomi berkembang daripada berasaskan industri dan perkhidmatan. Dalam konteks struktur makro, mungkin kita berjaya dengan cemerlang, tetapi kelestarian ekonomi memberikan perhatian kepada isu ekonomi rakyat, membasmi kemiskinan, industri anak watan dan pembangunan insaniah. Perkara ini sejurus dapat mencapai satu lagi matlamat iaitu kesejahteraan sosial. Kesejahteraan sosial berkait rapat kemudahan disediakan bagi memastikan warganegara berasa selamat dan bebas menjalankan tugas harian. Dalam konteks ini, kemudahan asas diperlukan ialah peluang pekerjaan, tempat tinggal, bekalan air dan elektrik serta sistem perhubungan cekap. Aspek kemudahan awam untuk semua sudah hampir dicapai namun masih terdapat kekurangan di luar bandar dan isu kualiti perkhidmatan yang masih perlu diatasi. Semenangnya kita sedang mengikuti kemajuan teknologi, namun teknologi ini masih kurang diaplikasikan oleh masyrakat. Sebenarnya, kemajuan teknologi ini sangat membantu dalam membantu golongan-golongan ini mencari pekerjaan. Namun masih gagal dapat dilihat kerana masih ada yang tidak mengikuti perkembangan ini. Jadi mengapakah masalah ini masih berlaku? Jika anda seorang pekerja lepas (freelance), mungkin anda pernah dengar banyak cerita tentang perihal kerja ini, dari kisah hanya dibayar wang ihsan dengan alasan “menambah pengalaman” atau dapat pebdedahan “exposure” sehinggalah kerja yang bertimbun tanpa bayaran. Menurut tanggapan umum, pekerja lepas (freelancers) bukan pekerja untuk sesebuah syarikat dan dengan itu, tidak tertakluk kepada undang-undang pekerjaan. Oleh itu ramai yang menganggap bahawa sebagai serorang freelancer, apa saja pengupah mahu, anda
kena ikut saja. Hal ini tidaklah jauh berbeza dengan industri lain juga. Antaranya ialah servis menggunting rambut. Industri ini dianggap mempunyai variasi juga kerana terdapat pelbagai jenis antaranya Salun, Barber dan sebagainya. Industri ini pernah mangalami masa kejatuhan apabila menjadi salah satu industri yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Ini menyebabkan ramai pekerja hilang sumber pendapatan mereka. Namun kerajaan masih memberi peluang untuk terus beroperasi tetapi harus mematuhi penetapan prosedur operasi standard (SOP) susulan Covid-19 bagi perkhidmatan gunting rambut mampu untuk menaikkan kredibiliti dan
profesionalisme industri berkenaan.


Meskipun mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa, realitinya terdapat masalah yang lebih serius iaitu tiada akses yang bersesuaian dengan mereka untuk mengembangkan “personal branding” mereka. Ini adalah kerana mereka tidak menemui mana-mana platform yang sesuai untuk mengembangkan kemahiran mereka. Bukannya mereka tidak mahu, tetapi ada yang tidak tahu bagaimana untuk mencari akses yang betul dan dipercayai. Ada yang beranggapan bahawa penggunaan platform ini hanyalah membazir dan merupakan pelaburan yang silap. Ada juga yang beranggapan bahawa sistem ini melecehkan dek kerana pengetahuan mereka yang kurang arif tentang penggunaan akses ini. Mereka lebih suka mengamalkan konsep cari sendiri lebih baik. Disebabkan persepsi inilah ramai dalam kalangan mereka yang terlepas banyak peluang untuk mengembangkan networking mereka berdasarkan kemahiran yang ada. Namun bagaimana masalah ini boleh diatasi? Caranya adalah dengan menggunakan akses yang termudah dan pantas untuk mereka supaya mereka secara tidak langsung dapat mengembangkan pengalaman mereka melalui kemahiran yang mereka ada. Juga akses ini memberi kemudahan kepada orang luar yang ingin mendapatkan servis potong rambut ini. Semuanya boleh berlaku dalam SATU KLIK. Oleh itu, aplikasi Hyred menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk memudahkan kedua-dua pihak. Hyred ialah platform penjenamaan peribadi yang bertujuan untuk membina dan memperkasakan komuniti berasaskan kemahiran. Sasaran Hyred adalah belia, pemilik sendirian dan syarikat di seluruh Malaysia untuk mencapat matlamat mereka. Melalui aplikasi mudah alih dan laman
webnya, Hyred mewujudkan sistem yang sangat inovatif dan mesra pengguna untuk semua. Hyred membolehkan anda menetapkan masa bekerja anda sendiri, pilih mana-mana pekerjaan berdasarkan fleksibiliti jadual anda, mengambil pekerja yang mahir untuk syarikat anda dan banyak lagi. Setelah lima tahun beroperasi Hyred kini telah berjaya mencapai sasaran apabila lebih daripada 20 bidang kerja dan industri telah ditawarkan kepada orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan yang ada. Antaranya ialah kesenian, kreatif, hospitaliti dan banyak lagi. Semuanya berada di hujung jari apabila mereka memuat turun aplikasi Get Hyred melalui Google Play dan Play Store. Lima Langkah mudah ini dapat membantu anda mendapatkan akses terbaik untuk menambahkan rangkaian anda.


Sekiranya anda baru dengan Hyred, anda boleh memuat turun menggunakan telefon pintar anda atau tablet. Anda boleh melayari laman web www.hyred.my sebagai alternatif lain. Sekiranya anda ingin menyumbangkan kemahiran anda kepada pengguna Hyred, anda boleh mendaftar dengan cara yang sangat mudah dan anda boleh sertakan butiran yang lengkap. Individu ini dikenali sebagai Zassers. Setelah membuka aplikasi hyred, cari perkhidmatan anda. Gunakan fungsi SEARCH untuk mencari kemahiran yang diinginkan. Anda boleh memilih servis dan kemahiran yang ada mengikut kemahuan dan kehendak anda sebagai pengguna. Carian anda boleh memilih mengikut jarak tempat anda berada iaitu mengikut radius yang paling hampir dengan anda. Fungsi FILTER dalam aplikasi boleh digunakan untuk mencari kesesuaian kemahiran. Setelah membuat keputusan anda boleh memilih servis atau perkhidmatan mengikut keperluan anda. Klik pada BOOK NOW untuk mengesahkan. Apa yang lebih menarik dan lebih mudah tentang aplikasi ini adalah anda boleh menetapkan sendiri slot masa mengikut pilihan anda. Slot masa tersebut boleh disemak dan mempunyai banyak pilihan. Jadi perkara ini memudahkan anda untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian masa anda sendiri. Langkah terakhir adalah membuat pembayaran terus melalui aplikasi tersebut. Sangat mudah kerana anda tidak perlu keluar ke bank untuk membuat pembayaran secara langsung. Melalui aplikasi ini, anda boleh memilih kaedah pembayaran anda dan bayar perkhidmatan anda berdasarkan harga. Keunikan aplikasi ini dari segi pembayaran adalah anda boleh menggunakan Token Hyred untuk lebih penjimatan. Ada juga sesetengah Zassers yang memberikan kupon diskaun untuk pelanggan mereka untuk tujuan promosi dan personal branding. Setelah pembayaran selesai, anda boleh menikmati servis yang anda telah tempah. Mudah kan ?


Kembali kepada industri gunting rambut, saya yakin sekiranya masyarakat menggunakan aplikasi Hyred secara keseluruhannya, masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan mendapatkan khidmat kemahiran yang ada dapat diselesaikan dengan mudah. Aplikasi ini sangat memberi keutungan kepada kedua belah pihak dari segi penjimatan masa dan perkembangan rangkaian perniagaan. Pengguna yang mendapatkan khidmat tidak perlu beratur panjang dan perlu ke tempat yang jauh. Perkara ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos travelling pengguna. Kepada Zassers pula keuntungan kepada mereka kerana dapat memperkenalkan perniagaan mereka kepada pengguna yang lain sejurus dapat meningkatkan produktiviti dan rangkaian. Apa yang penting adalah motivasi mereka untuk mengembangkan lagi kemahiran sedia ada. Malaysia beriltizam bersama negara lain untuk melaksanakan Agenda 2030 iaitu mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Pembangunan ini merangkumi kemajuan teknologi yang berkembang sekarang. Oleh itu, kita sebagai masyarakat perlu sama-sama membangunkan dan menyokong usaha Hyred bagi membantu lebih ramai pengguna yang berkemahiran untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik dan seterusnya dengan sokongan ini Malaysia dapat mencapai kemajuan seperti yang disasarkan. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 65.

Leave a Reply