KEPENTINGAN SIJIL KEMAHIRAN DALAM PEKERJAAN

Bukan mudah untuk menguasai kemahiran. Sebab itu, kemahiran ini diberi pengiktirafan dalam sesebuah institusi untuk diberi pensijilan. Ini kerana setiap individu yang mempunyai sijil kemahiran berperanan dalam memberi sumbangan kepada negara secara menyeluruh. Oleh itu, pentingnya sijil ini untuk memastikan segala operasi berjalan dengan lancar. Berikut adalah kepentingan dan kelebihan yang ada dalam sijil kemahiran.

1. Dapat menjalankan bahagian operasi dengan organisasi tertentu. 

Kemahiran yang ada pada anda menjadikan pasaran anda menjadi rebutan kebanyakan syarikat. Anda memberi kelebihan kepada pihak syarikat untuk tidak perlu melatih anda dari awal kerana anda sudah mempunyai asas.

2. Kerja secara freelance

Gunakan kemahiran yang ada untuk menjalankan kerja sambilan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Sebagai contoh, anda yang mempunyai sijil kulinari boleh berkhidmat sebagai tukang masak atau berniaga. Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan.  Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.

3. Membuka perniagaan sendiri

Anda yang berkemahiran tidak mungkin akan melepaskan peluang untuk menguruskan perniagaan sendiri. Kelebihan anda adalah anda boleh menawarkan servis atau produk untuk dijual. Jangan bimbang sekiranya anda tiada modal untuk membuka premis. Banyak platform digital yang boleh digunakan untuk membuat personal branding.

4. Diterima di industri negeri
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) lebih diiktiraf oleh keduataan dunia kerana mereka berkebolehan dalam mengendalikan kerja-kerja tertentu berbanding dengan sijil-sijil kemahiran/akademik lain.

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Hyred telah membuka platform digital secara percuma kepada sesiapa yang berkemahiran melalui aplikasi HyredZasss. HyredZasss adalah sebuah aplikasi penjenamaan peribadi yang bertujuan untuk mempromosikan individu berdasarkan kemahiran yang mereka ada. HYREDZASSS menawarkan akses kepada anda untuk membuka tempahan servis kepada orang ramai. Kepada anda yang masih belum ada akaun HyredZasss, daftar sekarang. Anda juga berpeluang mendapatkan Insentif SIP GIG daripada PERKESO.

Leave a Reply