Dalam hidup kita untuk mencapai satu skil yang kita boleh kuasai sepenuhnya bukan lah suatu kerja yang mudah. Setiap orang mempunyai perbezaan skil yang boleh dilatih. Tetapi seberapa cepat mereka dapat kuasai adalah bergantung kepada diri masing-masing. Apakah yang diperlukan untuk menjadi pakar dalam bidang tertentu? Latihan 10,000 JAM adalah peraturan yang dipopularkan oleh Malcom Gladwell dalam buku terlarisnya Outliers: The Story of Success. Teori ini sekiranya diuji kita dapat menjangkakan tempoh untuk menjadi pakar dalam kemahiran. Jika dibahagikan kepada 8 jam bekerja, akan memperoleh masa dalam 10 tahun. Jadi bagaimana untuk kita menjadi sorang yang mahir dalam tempoh tersebut ?
Ramai personaliti yang telah berjaya membuktikan teori ini berhasil. Saya baru sahaja menyaksikan konsert Rodrigo Teaser: Michael Lives Forever yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland. Antara Intipati yang sangat menarik minat saya adalah kebolehan dan kemahiran Rodrigo melakukan peniruan atau imitasi tentang seorang personaliti yang sangat besar dan disayangi dunia iaitu Michael Jackson. Pada awalnya saya menjangkakan bahawa konsert ini hanyalah sekadar menunjukkan personaliti Michael Jackson sahaja. Apa yang membuatkan saya kagum adalah kehebatan Rodrigo dalam menjayakan imitasi Michael Jackson bukan sahaja dari segi solekan wajah, tetapi skil untuk menari seperti beliau. Bukan mudah untuk melakukan setiap tarian MJ. Semuanya memerlukan latihan dan persediaan yang sangat rapi.
Michael Jackson terkenal dengan beberapa skill tarian yang menunjukkan identiti beliau. Sepanjang konsert berlangsung kesemuanya berjaya dilakukan oleh Rodrigo. Antaranya ialah Cotch-Grab, Anti Graviti Lean, Circle Slide, Side Slide, The MJ Spin, The Key, Toe Stand dan banyak lagi. Skill Moonwalk adalah skill yang paling digemari oleh peminat MJ. Kesemua ini memerlukan latihan yang cukup untuk bergerak sama seperti yang dilakukan MJ. Rodrigo dapat menawan hati penonton dengan melakukan aksi -aksi ini. Satu lagi tarikan adalah kerjasama antara Rodrigo dan team teknikal seperti pemain alat muzik
Setiap lagu, muzik, kostum, koreografi adalah bukan milik saya. Ia adalah milik beliau (Michael Jackson). Saya hanya mempersembahkan untuk keseronokan anda semua.
Rodrigo Teaser
Skil atau kemahiran ini bukanlah sebenarnya suatu anugerah yang datang secara semula jadi kepada manusia. tetapi kemahiran perlu dicari sendiri dan dilatih sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga dengan rodrigo yang menggunakan masa yang ada melatih skil yang pernah dilakukan oleh MJ sebelum ini.

